Lawatan Muhibbah Encik Edwin Tong ke MKSDQS

Sabtu, 17 Oktober 2015.

Encik Edwin Tong, Ahli Parliament Marine Parade GRC, dan teman-teman beliau dari Kelab Masyarakat Joo Chiat-Siglap telah membuat lawatang Muhibbah ke Masjid Kg Siglap (MKS) pagi ini.

Selain daripada bertukar-tukar pandangan mengenai isu-isu semasa ahli lembaga pentadbir yang diwakili pengerusi MKS, Encik Nailul Hafiz, sempat melahirkan kesungguhan MKS agar dapat memainkan peranan yang lebih penting dalam mendekati masyarakat di kawasan Siglap dalam menyediakan wadah untuk mewujudkan perpaduan di antara kaum serta memberikan bantuan kepada golongan yang memerlukan tanpa mengira bangsa atau agama.

ET_NH_BedokEncik Edwin Tong juga dapat merasakan peranan yang telah dimainkan oleh badan-badan agama dalam membentuk masyarakat Singapura pada hari ini. Walaubagaimanapun, selagi mana ada pembangunan, selagi itu kerja-kerja kemasyarakatan harus diteruskan demi memastikan apa yang telah terbina bersama dapat dipelihara dan diperbaiki.

Dalam masa-masa mendatang, MKS akan menambahkan lagi usahanya mendekati masyarakat di kawasan Marine Parade bukan sahaja untuk memberikan bantuan, malahan menjadi salah sebuah organisasi yang mengukuhkan lagi semangat kejiranan dan kebersatuan.
Semoga Masjid Kampung Siglap Darul Quran yang kini ET_NH_Kendamaberusia lebih 115 tahun dapat terus menyumbang ke arah melahirkan generasi al-Quran (Jeelun Qurani). Melahirkan sebuah masyarakat yang penyayang dan progresif dalam mengharungi setiap zaman. InsyaAllah.

Gambar Kiri: Encik Edwin Tong merapati remaja di MKS dengan mempelajari skil bermain “Kendama”.

 

ET_LPM_Discussion

Gambar Kiri: Pengerusi LPMKS, Encik Nailul Hafiz memberikan penerangan tentang sejarah dan keterlibatan MKS dalam membangunkan masyarakat Islam Singapura, khususnya dalam bidang al-Quran dan kemasyarakatan.

Leave a Comment