Lebih 120 Sijil Diberikan Di Majlis Penyampaian Sijil DQS 2015

Sabtu, 24 Oktober 2015, Masjid Kampung Siglap

Darul Quran Singapura (DQS) komited dalam melahirkan Jeelun Qurani atau lebih difahamai sebagai Generasi Al-Quran.

SAM_0092

Jeelun Qurani ini membawa maksud suatu generasi yang terdiri daripada individu-individu dari pelbagai bidang tetapi menerapkan asas-asas Al-Quran sebagai sistem kehidupan mereka.

Kesibukan masyarakat saban hari menambahkan lagi semangat kepada DQS untuk melatih para guru-guru Al-Quran dan menyediakan pelbagai wadah alternatif agar pengajaran Al-Quran sampai kepada setiap individu Muslim menggunakan sistem yang teratur dan berstruktur.

Pada tahun ke-4 ini, DQS menerusi Sijil Pengiktirafan Guru-Guru Al-Quran (QTRS) telah mengiktiraf lebih 50 orang individu yang giat menjalankan kelas-kelas pengajian Al-Aquran di rumah-rumah seluruh Singapura. Jumlah keseluruhan setakat ini telah mencecah lebih 750 orang individu yang telah diiktiraf dengan QTRS.

Sijil Lughatul Quran (LUQ), Sijil Kursus Literasi Al-Quran dan Sijil Guru Al-Quran & Fardhu Ain (AQIL) juga telah disampaikan oleh Pengerusi Masjid Kampung Siglap DQS, Tuan Hj Nailul Hafiz dan disaksikan oleh Ketua DQS, Ustaz Mohd Qusairy Thaha al-Hafiz.

SAM_0189

Di dalam ucapan Tuan Hj Nailul Hafiz beliau menyentuh akan kepentingan guru-guru Al-Quran memainkan peranan yang lebih aktif di Singapura, visi DQS untuk melahirkan Jeelun Qurani dan 3 teras utama DQS demi mencapai visi ini.

 

Semoga lebih ramai individu Muslim di Singapura dapat bukan hanya membaca atau
menghafaz Al-Quran, malahan menghayati setiap pengajaran dan pesanan yang terkandung dalam kitab suci ini agar menjadi syafaat di hari kiamat kelak, Amin.

http://mks.dermaone.sg/

 

SAM_0113SAM_0122 SAM_0186 SAM_0189 SAM_0197 SAM_0201 SAM_0203 SAM_0204 SAM_0205 SAM_0206 SAM_0207

Leave a Comment