Sajak : Perkhemahan

burhan

Perkhemahan

Bermula hanya dengan lima,
Untuk menegakkan yang lima,
Perkenalkan si lima,
Mencintai pengorbanan sang lima,
Yang dimuliai Tuhan – lima.

Merancang dalam masa yang suntuk
Sehingga kalian mengantuk
Demi menegakkan agama Tuhan
Apa salahnya, sedikit pengorbanan?

Perkhemahan dirancang kecil-kecilan
Namun Tuhan Maha Mengetahui
RancanganNya amat dikagumi
Hadirin bukan sahaja di negara sendiri
Ada juga di negara jiran

Sungguh terzahir bantuan Tuhan
Pabila insan bantu agamaNya
BantuanNya tiba –
Dari arah sangat tidak disangka
Tidak dijangka.

Pada saat bulan ditemani bintang
Kalian ditemani teman seperjuangan
Melawan mata dan perasaan
Agar mudah menjalani kegiatan

Ujian demi ujian menimpa
Kalian tetap tabah
Tetap sabar
Kerana
Ujian mengukuhkan
Dan mengeratkan persahabatan
Di setiap liku perjuangan

Di setiap kekhilafan
Terdapat beberapa pengajaran
Di setiap kesusahan
Terdapat beberapa kemudahan

Walau banyak yang berlaku,
Tanpa diduga –
Secara serta merta
Pengakhirannya menggalakkan
Membangunkan.

Pemuda harapan bangsa
Pemudi tiang agama
Selagi hayat dikandung badan
Kalaamullah akan tetap kami perjuangkan

 

Sajak adalah kiriman daripada sis Kienah, sempena perkhemahan Quran Camp.

Syukran sis.

Link: https://siskien.wordpress.com/2017/09/12/perkhemahan/

Galleri: Quran Camp

 

Leave a Comment