Aljunied Young Tahfiz Scholars (AYTS)

Program pensijilan menghafal Al-Quran dengan kerjasama Madrasah Aljunied Al Islamiah, khas untuk pelajar-pelajar mereka. Program ini merupakan program pembelajaran yang menggabungkan ciri-ciri berikut:

  • Berteraskan kebolehan (ability driven)
  • Menggunakan teknik-teknik pembelajaran deras (accelerated learning)
  • Menggabungkan kaedah pembelajaran online serta pembelajaran dalm bentuk halaqah-halaqah kecil
  • Difasilitasi oleh tenaga pendidik takhasus Al-Quran yang merupakan seorang hafiz/hafizah dan mempunyai sanad dalam Qiraat Al-Quran
  • Perhatian diberikan kepada pembangunan yang sesuai dan lebiih sepadu (intergrated and developmentally appropriate)

Pelajar akan menghafal sebanyak 2 muka surat pada setiap pertemuan, sebanyak 6 juz hingga 8 juz setahun dan akan khatam menghafal 30 juz Al-Quran dalam masa 4 – 5 tahun. Disamping itu pelajar berpeluang meningkatkan mutu bacaan.

 

Masa Pembelajaran

3 x Minggu:

  • 2 kali secara bersemuka (face-to-face), 2 jam setiap pertemuan
  • 1 kali secara atas talian (online)

Program intensif semasa cuti sekolah:

  • 5 selama seminggu, 8 jam seiap pertemuan

 

Ujian
Di akhir setiap semester dan apabila telah khatam 30 juz.

 

Yuran
$70 setiap bulan, akan bibiayai oleh Darul Quran Singapura, Madrasah Aljunied Al Islamiah dan pelajar.

 

 

 

Last updated: 14th December 2016