Posts by DQSMKS

Tazkirah Ringkas : Amalan Qiyamullail

Amalan Qiyamullail   Qiyamullail adalah merupakan sunnah nabi, amalan para siddiqin dan orang-orang soleh sejak dahulu lagi. Pada awalnya qiyamullail ini diwajibkan ke atas Rasulullah s.a.w dan para sahabat, namun setelah setahun disyariatkan, amalan itu menjadi sunat muakkadah kepada setiap umat Islam. Walaupun ianya tidak diwajibkan lagi, kita digalakkan untuk bangun pada waktu malam di…

Read More

Tazkirah Ringkas : Bersedekahlah Dengan Barang Yang Kita Sayangi

Bersedekahlah Dengan Barang Yang Kita Sayangi   Bersedekah adalah merupakan suatu amalan yang sangat dituntut oleh Islam serta sangat tinggi nilainya. Namun sedekah yang paling baik adalah dengan menyedekahkan harta yang paling kita sayangi ataupun yang setaraf dengannya. Ini bertepatan dengan firman Allah SWT yang bermaksud:   “Kamu tidak sekali-kali akan dapat mencapai (hakikat) kebajikan…

Read More

Tazkirah Ringkas : Adakah Sedekah Hanya Terbatas Kepada Wang Ringgit Sahaja?

Adakah Sedekah Hanya Terbatas Kepada Wang Ringgit Sahaja? Kebanyakan Umat Islam beranggapan bahawa sedekah hanya dapat dinilai dan dilihat dari sudut wang ringgit ataupun yang berbentuk material sahaja, sedangkan konsep bersedekah ini sangat luas dan tidak hanya terbatas kepada perkara-perkara tersebut sahaja. Secara umumnya, memberikan senyuman juga termasuk dalam perkara sedekah. Begitu juga membuang duri…

Read More

Tazkirah Ringkas : Kelebihan Bersedekah

Sedekah adalah suatu amalan yang sangat mulia di sisi Islam. Setiap sedekah yang kita hulurkan, pasti akan diberikan ganjaran yang tidak terhingga, malah dosa kita juga turut terhapus disebabkan sedekah itu. Nabi s.a.w bersabda yang bermaksud:    “Sedekah dapat menghapus dosa sebagaimana air memadamkan api”.  (Hadis Riwayat Imam Tirmizi)   Selain itu, sedekah juga akan…

Read More

Tazkirah Ringkas : Apakah Maksud Syaitan Dibelenggu?

Apakah Maksud Syaitan Dibelenggu?   Bulan Ramadan adalah bulan keampunan, rahmat dan pembebasan daripada api neraka. Di samping kita menahan diri daripada lapar dan dahaga, kita juga digalakkan untuk berlumba-lumba mengejar pahala sebanyak yang mungkin serta berusaha menjauhkan diri daripada melakukan perbuatan dosa dan maksiat. Persoalannya, mengapakah masih terdapat segelintir manusia yang masih terus menerus…

Read More

Tazkirah Ringkas : Memelihara Kesucian Ramadan

Memelihara Kesucian Ramadan   Alhamdulillah kita telah pun melangkah masuk di pertengahan bulan Syaaban. Lebih kurang 15 hari lagi kita akan bertemu dengan bulan Ramadan yang mulia. Apakah perasaan kita pada masa ini dalam menyambut bulan yang mulia? Adakah sangat teruja? Berdebar? Atau biasa- biasa sahaja. Semoga kita tergolong dalam golongan yang sangat teruja dengan…

Read More

Tazkirah Ringkas : Persiapan Menjelang Bulan Ramadan

Persiapan Menjelang Bulan Ramadan   Sedar atau tidak, bulan Rejab telah berlalu meninggalkan kita. Kini kita telah berada pada bulan Syaaban yang mulia, bahkan tidak lama selepas itu, kita akan melangkah masuk pula ke dalam Bulan Ramadan Al-Mubarak. Subhanallah! Debaran Ramadan makin terasa, doa yang sering kita panjatkan bermula pada bulan Rejab yang lalu seakan-akan…

Read More

Tazkirah Ringkas : Sifat kasih sayang yang ditunjukkan oleh Rasulullah s.a.w terhadap umatnya

  Sifat Kasih Sayang yang ditunjukkan oleh Rasulullah s.a.w Terhadap Umatnya   Rasulullah s.a.w diutuskan oleh Allah SWT untuk membawa rahmat ke seluruh alam. Baginda amat mengasihi dan mencintai umatnya walaupun sering dicemuh dan disakiti oleh orang-orang yang memerangi dan memusuhinya. Allah SWT yang bermaksud:   ”Sesungguhnya telah datang kepadamu seorang rasul dari kaummu sendiri, berat…

Read More

Tazkirah Ringkas : Menghayati Sirah Nabi s.a.w menerusi Surah Ad-Dhuha

Menghayati Sirah Nabi s.a.w menerusi Surah Ad-Dhuha   Sebelum diangkat dan diutus menjadi rasul, Nabi Muhammad s.a.w telah diuji dengan ujian yang sangat berat. Baginda telah kehilangan ayahanda tersayang di waktu baginda belum sempat melihat dunia. Manakala belum sempat pula baginda mengecapi nikmat kasih sayang seorang ibu, ibunya telah dijemput pulang oleh Allah SWT. Begitu…

Read More