dqs-2017-majlis-jeelun-qurani-ke3-postera1-fap-sr

Dalam usaha menyemarakkan lagi budaya menghafal Al-Quran, Darul Quran Singapura (DQS) merasakan sudah tiba masanya untuk menganjurkan Musabaqah sebegini di Singapura.

Sepertimana yang difahami oleh masyarakat umum, bulan Al-Quran adalah bulan Ramadan dan di bulan inilah kesedaran dan kegiatan ibadah akan tertumpu kepada Al-Quran baik ibadah solat tarawih, Tilawah dan Talaqqi Al-Quran serta pelbagai lagi program-program yang dianjurkan berpusat kepada kitab suci ini.

Dari itu, pihak DQS merasakan adalah wajar Musabaqah ini dianjurkan secara tahunan di bulan Ramadan dan melibatkan seberapa banyak masjid-masjid dan institusi Al-Quran.

Musabaqah Hafazan Al-Quran ini akan dinamakan “Musabaqah Jeelun Qurani” anjuran DQS – Masjid Kampung Siglap. Perkataan “Jeelun Qurani” adalah sempena visi DQS & Masjid Kampung Siglap untuk ‘Melahirkan Generasi Al-Quran’.

OBJEKTIF

  • Melahirkan generasi huffaz yang muktabar dan berwibawa.
  • Meningkatkan kualiti dan mentahsin bacaan Al-Quran secara tartil dari segi tajwid, kelancaran dan sebutan huruf.
  • Memberi pendedahan serta menaikkan semangat masyarakat awam untuk menghafaz Al-Quran.
  • Memahami kandungan Al-Quran melalui terjemahan dan tadabbur ayat-ayat suci Al-Quran.
  • Mengeratkan silaturrahim dan membentuk jaringan sosial dalam kalangan guru, murid-murid dan masyarakat setempat.
  • Menanamkan sifat berlumba-lumba dalam melakukan kebaikan (Istabiqul Khairat) di kalangan peserta.
  • Menyediakan wadah bagi pelajar-pelajar Tahfiz untuk memantapkan hafalan.

SASARAN

Secara umumnya, sasaran utama kami adalah seluruh pelajar Darul Quran Singapura. Manakala, sasaran secara khusus adalah seperti berikut:
Pusat Tahfiz, DQS, Pusat Tahfiz Swasta Singapura & Malaysia & Para huffaz tempatan yang berguru secara peribadi.

KATEGORI

Para peserta musabaqah tersebut diberi pilihan antara 6 kategori:

 

Kategori 1 Kategori 2 Kategori 3 Kategori 4 Kategori 5 Kategori 6
3 Juzuk 5 Juzuk 10 Juzuk 15 Juzuk 20 Juzuk 30 Juzuk

 

 

Borang pendaftaran boleh didapati di sini.